Carian
Maxis Hadir Dengan Siri Video Memberi Inspirasi – Maxis Fibernation Stories
May 9, 2019 Aman

Maxis kini telah hadir dengan siri video yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, melalui apa yang dinamakan mereka sebagai Maxis Fibernation Stories. Buat masa ini, sebanyak dua episod ringkas berkenaan kisah kejayaan rakyat Malaysia dalam membantu rakyat lain. Secara ringkasnya, Maxis memperlihatkan apakah antara kemungkinan dan potensi boleh dicapai melalui penggunaan teknologi disekeliling kita.

Maxis mengatakan mereka akan hadir dengan tiga episod buat masa ini, dan mungkin memperluaskannya lagi sekiranya siri berkenaan menerima permintaan dikalangan pengguna tempatan.

Dua episod pertama yang telah diterbitkan adalah berkaitan Pak Su dan juga PichaEats.

Pak Su mengisahkan berkenaan kisah seorang guru kepada pereka prostetik. Beliau menggunakan pencetak 3D dalam memberikan kehidupan baru kepada anak-anak kelainan upaya, termasuk antaranya mencetak tangan menggunakan pencetak 3D.

PichaEats pula mengisahkan bagaimana satu platform membantu keluarga pelarian di Malaysia untuk menjana pendapatan dengan memasak dan mengedarkan makanan dari negara kelahiran mereka.

Episod ketiga yang akan dikongsikan tidak lama lagi pula adalah berkaitan dengan kisah kejayaan Kathires dalam arena esukan tempatan.

Komen