ASUS ROG STRIX Carry – Tetikus Nirwayar Gaming Dengan Rekaan Kecil

ASUS ROG STRIX Carry – Tetikus Nirwayar Gaming Dengan Rekaan Kecil

Diterbitkan pada Mei 9, 2019 oleh .

Tetikus nirwayar yang hadir dengan saiz kecil bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi tetikus nirwayar gaming dengan saiz kecil? Ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang lebih gemar menggunakan komputer riba gaming yang mudah dibawa kemana-mana.

ASUS baru-baru ini tiba dengan ASUS ROG STRIX Carry, sebuah tetikus nirwayar gaming yang mempunyai rekaan kecil pada 101 x 64 x 36mm dan berat 120g yang mudah untuk dibawa kemana-mana bersama-sama dengan komputer riba anda.

Dikuasakan oleh dua bateri bersaiz AA, tetikus STRIX Carry ini hadir dengan dua mod nirwayar yang boleh digunakan bergantung kepada keperluan anda, iaitu RF (300 jam) yang memerlukan penyesuai USB yang hadir bersama-sama dengan tetikus tersebut, dan Bluetooth (450 jam), yang tidak memerlukan sebarang penyesuai.

Tetikus ini juga dilengkapi dengan sensor Pixart PMW3330 dengan sensitiviti 7200dpi, dan dua butang utamanya mempunyai suis modular yang boleh diubah mengikut keperluan pengguna. Menurut ASUS, suis yang dimuatkan didalam tetikus ini adalah suis keluaran Omron.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan juga tanda harga untuk tetikus ASUS ROG STRIX Carry ini masih belum diumumkan lagi.


TIPS & ULASAN