Carian
Intel Memperkenalkan Project Athena Open Labs – Makmal R&D Untuk Pembina Komponen Komputer Berkuasa Rendah
May 9, 2019 Nazrin

Project Athena ialah sebuah inisiatif daripada Intel untuk memastikan komponen-komponen dalaman yang digunakan didalam sebuah komputer riba bertepatan dengan penggunaan kuasa yang rendah untuk memastikan bahawa peranti tersebut bukan sahaja hadir dengan prestasi yang bagus, dan menggunakan kuasa bateri yang rendah.

Jika ini bunyi seperti projek Ultrabook sebelum ini oleh Intel, ini adalah kerana ia hampir seperti konsep yang sama, cuma untuk julat peranti yang lebih besar, dan bukan sahaja peranti premium.

Baru-baru ini, Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka tiga pusat Project Athena Open Labs di Taipei, Shanghai dan Folsom, California dimana peranti-peranti seperti ini dibangunkan.

Project Athena Open Labs ini direka untuk memudahkan pembina-pembina komponen dan peranti boleh bekerjasama dengan pihak Intel untuk memastikan komponen-komponen yang digunakan selari dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Project Athena.

Makmal-makmal Project Athena Open Labs ini dijangka akan dibuka pada bulan Jun 2019 tidak lama lagi, manakala peranti-peranti yang dibina dengan spesifikasi Project Athena dikatakan akan tiba pada tahun 2020 kelak.

Komen