Cari @ Amanz

Android Beam Tidak Lagi Ditawarkan Pada Android Q – Fungsi Penghantaran Fail Melalui NFC

Link Copied!

Google telah memperlihatkan banyak fungsi baru pada versi beta terkini Android Q, namun tidak menyatakan fungsi yang dibuang pada Android ini. Melalui perkenalan Android Q, ia tidak lagi membawakan fungsi perkongsian fail Android Beam secara terbina.

Android Beam merupakan fungsi yang membenarkan anda menghantar fail menerusi NFC. Ia memerlukan pengguna mendekatkan telefon penghantar dan penerima di bahagian belakang untuk menghantar gambar, video, dan fail.

Fungsi ini telah diperkenalkan sejak Android 4.0 pada 2011, namun penggunaannya dilihat semakin berkurangan. Pengguna pada saat ini lebih selesa menggunakan aplikasi permesejan untuk menghantar sejumlah fail ini.

Dengan pembuangan fungsi ini, ia sekaligus tidak membenarkan lagi pengguna menghantar fail menerusi NFC pada peranti Android. Namun anda masih menggunakan aplikasi seperti Files yang sedia menawarkan fungsi penghantaran yang pantas melalui WiFi.


Komen ()