Cari @ Amanz

Apple pada tahun lepas telah pun memperkenalkan telefon pintar dibawah nama iPhone XR yang membawakan penawaran spesifikasi tinggi, tetapi dengan beberapa ciri yang sedikit kurang – sekaligus menjadikan harga jualannya lebih rendah berbanding model iPhone XS.

Pada tahun ini, Apple dijangka meneruskan keluarga peranti berkenaan. Nama baru untuknya masih tidak diketahui lagi, tetapi beberapa info awal berkaitan dengannya telah pun mula kedengaran.

iPhone XR


Tempoh hari, kita telah mendengar ia akan hadir dengan dwi-kamera belakang, dan hari ini @onleaks dan Pricebaba telah berkongsi sejumlah gambar rekaan awal peranti iPhone XR 2019.

Daripada rekaan yang dipaparkan, ia menunjukkan penggunaan takuk dihadapan, selain turut menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang peranti.

Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan pilihan pelbagai warna berbeza yang ceria, dan dijangka kekal menggunakan panel berasaskan LCD.

Buat masa ini, pihak Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan iPhone XR 2019 ini. Mungkin kita perlu nantikan sehingga September 2019 kelak untuk mengetahui jawapannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd