Google Memperkenalkan API Kamera Baharu – CameraX

Google Memperkenalkan API Kamera Baharu – CameraX

Diterbitkan pada Mei 9, 2019 oleh .

API kamera yang terkenal sekarang adalah Camera2API. API ini mengaktifkan kemampuan mengambil gambar secara manual dalam peranti Android. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang sedia mengenali GCam – Camera2API adalah salah satu API wajib yang perlu aktif dalam peranti untuk menggunakannya.

Pada acara Google I/O 2019, Google telah memperkenalkan API kamera yang lebih baru – CameraX. CameraX masih lagi mempunyai ciri-ciri Camera2API, cuma barisan kod CameraX adalah lebih mudah dan ia menyokong lebih banyak versi Android. API CameraX ini turut akan mengurangkan kerja pengkodan para pembangun, yang mana ia hanya memerlukan dua baris kod sahaja untuk berfungsi. Namun, Google turut tawarkan CameraX extension untuk menambah ciri seperti mod malam, mod potret terbina.

Kod CameraX juga lebih mudah digunakan dan para pembangun tidak perlu lakukan banyak kerja. Kemudian, prestasi aplikasi kamera dengan CameraX adalah lebih konsisten dan akan memberikan pengalaman yang baharu.


TIPS & ULASAN