Cari @ Amanz

Google pada hari ini sedia menawarkan beberapa kaedah dalam memudahkan pengguna dinegara-negara membangun membuat pembayaran bagi pembelian kandungan di Play Store. Antaranya adalah termasuk penggunaan kad debit, bayaran melalui bil telekomunikasi, mahupun kad ganjaran yang dijual di kedai.

Google Play Tunai

Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, Google turut sedang memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan sejumlah kaedah baru, termasuk penggunaan wang tunai atau pemindahan bank.

Google mengatakan ciri ini telah mula diuji di Mexico dan juga Jepun. Sekiranya pengguna memilik untuk membayar secara tunai, mereka akan diberikan kod khusus, yang mana boleh dibawa ke kedai terpilih berhampiran, dan membayar di sana.

Google Play Tunai

Apa pun, salah satu kekurangan daripada kaedah ini adalah dimana pengguna tidak boleh memohon wang kembali sekiranya membatalkan pembelian atau tidak berpuas hati dengan apa yang dibeli – berbeza dengan penggunaan kad seperti pada hari ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan ciri ini di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd