Cari @ Amanz

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai keputusan Axiata dan Telenor untuk menggabungkan operasi rantau Asia mereka, yang bermakna bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom dan Digi akan bergabung menjadi satu entiti telekomunikasi yang terbesar di negara ini.

Walaupun gabungan ini dikatakan hanya akan berlaku dalam masa beberapa bulan lagi, terdapat ramai pihak, terutamanya pengguna risau bahawa ini akan menjadikan syarikat gabungan tersebut dilihat sebagai satu monopoli besar yang tidak mempunyai begitu banyak saingan.

Menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau akan tiba dengan satu kenyataan mengenai gabungan tersebut pada hari esok.

Beliau berkata, “Saya akan keluarkan kenyataan rasmi esok. (Sama ada) ia (berita) positif atau negatif, ia akan bergantung kepada perspektif siapa dalam membaca kenyataan itu nanti,”.

Buat masa ini, pihak Axiata dan Telenor dikatakan masih sedang berada didalam fasa perbincangan, dan apa-apa perjanjian hanya akan ditandatangani pada penghujung suku ketiga tahun ini. Sama-sama kita tunggu kenyataan Menteri tersebut mengenai gabungan ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd