Cari @ Amanz

Asus hari ini telah berkongsi gambar di akaun Twitter rasmi mereka, sekaligus mengesahkan yang mana telefon pintar Asus Zenfone 6 yang bakal diperkenalkan mereka pada minggu hadapan hadir dengan cip pemprosesan berkuasa, Qualcomm Snapdragon 855.

Asus Zenfone 6

Pada masa yang sama, Asus turut memperlihatkan yang mana Asus Zenfone 6 hadir dengan bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah, sebuah Smart Key pada bahagian kanan peranti, dan sokongan tri-slot pada telefon pintar berkenaan.

Asus menjadualkan pengenalan Zenfone 6 ini pada minggu hadapan, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd