WhatsApp Akan Menamatkan Sokongan Untuk Windows Phone Pada Penghujung 2019

WhatsApp Akan Menamatkan Sokongan Untuk Windows Phone Pada Penghujung 2019

Diterbitkan pada Mei 10, 2019 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah sedia menamatkan sokongan perkhidmatan permesejan mereka untuk beberapa platform sebelum ini, termasuk untuk Symbian S60, dan juga BlackBerry. Selain daripadanya, bergerak ke hadapan, WhatsApp turut akan menamatkan sokongan untuk Windows Phone atau Windows 10 Mobile pada 31 Disember 2019 ini.

Dengan penamatan sokongan ini, ia sekaligus bermakna pengguna tidak lagi akan menerima sokongan ciri baru, kemaskini sekuriti dan sebagainya.

Langkah ini dilihat berkemungkinan disebabkan oleh sistem operasi peranti mudah-alih berkenaan sendiri yang tidak menerima kemaskini baru, sekaligus menyukarkan WhatsApp untuk mengimplementasi pelbagai ciri-ciri baru. Selain daripadanya, berkemungkinan angka pengguna platform berkenaan sendiri adalah sangat sedikit, membuatkan tidak begitu berbaloi untuk pihak WhatsApp membuat pelaburan pembangunan untuknya.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan Windows Phone / Windows 10 Mobile?


TIPS & ULASAN