OnePlus 7 Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 Mei

OnePlus 7 Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 Mei

Diterbitkan pada Mei 10, 2019 oleh .

OnePlus 7 bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan pada peringkat global. Menariknya, telefon pintar berkenaan bakal turut dilancarkan di Malaysia dengan pantas, dimana ia dijadualkan sekitar penghujung bulan ini.

Buat masa ini, informasi penuh berkaitan telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui. Melalui apa yang telah dikongsikan oleh OnePlus, ia memperlihatkan akan menyertakan sokongan skrin pada kadar segar semula 90Hz, penggunaan mekainsma kamera pop-naik, dan sokongan pengecasan pantas bersama dengannya.


Melalui info awal yang kami dengar, OnePlus dijangka memperkenalkannya di Malaysia dalam tempoh dua minggu lagi, iaitu pada 21 Mei 2019 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan global OnePlus 7, dan seterusnya pelancaran peranti berkenaan di Malaysia pada minggu seterusnya.


TIPS & ULASAN