Cari @ Amanz

iFixit telah mengeluarkan panduan untuk membaik pulih Pixel 3a dan 3a XL di halaman mereka – dengan memberi penilaian tahap kesukaran baik-pulih pada skala 6/10. Dengan penilaian ini, proses membaik pulihnya adalah lebih mudah berbanding Pixel 3 – yang hanya menerima tahap penilaian 4/10.

iFixit mendapati bahagian skrin peranti ini adalah lebih mudah untuk dikeluarkan, tanpa memerlukan sebarang alat pemanas. Sebaliknya, ia hanya memerlukan penyedut skrin dan alat seumpama “guitar pick ” untuk membuka bahagian skrin ini.

Perkara ini dijayakan dengan kelemahan Pixel 3a yang tidak mempunyai sebarang sokongan kalis air. Binaan dan sejumlah komponen di dalamnya tidak digam dengan terlalu ketat, sekaligus memudahkan bahagian dalaman peranti ini mudah untuk ditukar.

Dengan proses mengeluarkan komponen dalaman yang lebih mudah, ia membantu proses khidmat baik pulih tanpa perlu merosakkan komponen tertentu. Juruteknik yang membaiki peranti ini juga tidak memerlukan masa yang lama dalam membuat pertukaran sesuatu komponen pada peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd