Cari @ Amanz

Fast Pair adalah alternatif Google kepada cip Apple W1 atau H1. Yang mana menggunakan gabungan perisian dan perkakasan untuk membolehkan set fon kepala nirwayar terpilih ditambat dengan mudah seakan AirPod dengan iPhone. Bukan itu sahaja, melalui Fast Pair ini turut dipadankan dengan sokongan Google Assistant bagi memudahkan pengguna menyeru Google dengan lebih pantas.

Terkini, fungsi Fast Pair dan Google Assistant ini akan hadir kepada lebih banyak set fon kepala nirwayar. Ini adalah kerana, Google telah bekerjasama dengan Qualcomm untuk hadir dengan Qualcomm Smart Headset Development Kit. Kit ini adalah berdasarkan daripadan siri cip audio QCC5100 dan melalui kit ini para pengeluar boleh menggunakannya pada aksesori audio mereka bagi mengimplementasikan Fast Pair dan Google Assistant.

Apa yang menarik dengan Fast Pair ini adalah, ia akan hadir kepada lebih banyak set fon kepala. Jadi pengguna akan mempunyai banyak pilihan daripada yang murah sehinggalah yang premium. Tidak seperti Apple yang hanya terhad kepada AirPods dan Beats sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd