Intel Menjual Pegangan Syarikat IM Flash Kepada Micron Untuk RM5.2 Bilion

Intel Menjual Pegangan Syarikat IM Flash Kepada Micron Untuk RM5.2 Bilion

Diterbitkan pada Mei 10, 2019 oleh .

Tidak lama dahulu kami ada melaporkan bahawa Intel bakal menjual pegangan syarikat IM Flash kepada rakan kongsi mereka, Micron. Terkini, kedua-dua syarikat tersebut nampaknya telah bersetuju untuk berpisah, dengan syarikat Micron membeli pegangan tersebut untuk sejumlah wang yang agak besar.

Micron dilaporkan akan membayar Intel sebanyak $1.3 bilion (RM5.2 bilion) untuk pegangan syarikat tersebut, bersama-sama dengan semua kilang-kilang pembuatan cip storan 3D dibawah IM Flash.

Buat masa ini, satu-satunya kilang yang digunakan oleh kedua-dua syarikat ini terletak di Lehi, Utah dan Intel menggunakan kilang ini untuk membina cip storan 3D XPoint yang digunakan didalam storan Intel Optane mereka.

Walaupun Intel menjual pegangan didalam syarikat IM Flash ini, mereka dikatakan masih mendapat keutamaan untuk membeli cip storan 3D daripada Micron sehingga tahun 2020.


TIPS & ULASAN