Proses daftar keluar pembayaran apabila membeli sesuatu di laman atas talian boleh dikatakan diantara proses yang bukan sahaja rumit, tetapi memakan masa.
Google Pay ialah dompet digital yang merumahkan semua kad-kad kredit anda, dan memudahkan proses pembayaran atas talian tanpa perlu melalui banyak proses, dan hadir dengan sistem keselamatan mereka sendiri yang lebih pantas dari apa yang digunakan sekarang.
iPay88, gerbang pembayaran atas talian tempatan yang banyak digunakan di laman-laman atas talian tempatan telah mengumumkan melalui laman Facebook dimana sokongan untuk Google Pay akan tiba tidak lama lagi.
Di acara Google I/O beberapa hari lalu, pihak Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menambah sokongan untuk lebih dari 60 perkhidmatan pembayaran atas talian secara global, dan nampaknya iPay88 adalah salah satu daripada perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
Buat masa ini, pihak iPay88 masih belum mengumumkan lagi bilakah sokongan Google Pay ini akan tiba untuk pasaran tempatan, tetapi kami akan mengemaskini artikel ini dengan butiran tersebut sejurus selepas kami mendapat maklumat tersebut.