Cari @ Amanz

Xiaomi sedia hadir dengan siri alat kecergasan, seperti Mi Band & Amazfit yang ditawarkan pada harga berpatutan. Kesemua alat kecergasan daripada Xiaomi ini dihubungkan ke aplikasi Mi Fit – yang mana kini dikemaskini dengan versi 4.0.

Apa yang menarik pada kemaskini ini, ia telah menawarkan antaramuka baru yang kini lebih kemas dan moden. Ia juga dilihat hadir dengan tampilan yang lebih ceria, selain membawakan tampilan seumpama kad untuk memudahkan anda mendapatkan info berkaitan dengan kecergasan.

Kemaskini ini juga turut memudahkan anda menuju ke sejumlah fungsi seperti Status, Walking, Running, dan Cycling. Anda juga dapat mengaktifkan mod kecergasan ini dengan lebih pantas, dengan hanya menekan butang “Go” untuk memulakan proses penjejakan kecergasan.

Kemaskini Mi Fit 4.0 telah ditawarkan kepada pengguna melalui saluran rasmi Google Play Store. Sekiranya anda masih belum mendapatkannya, anda juga boleh memuat-turun fail pemasangannya melalui halaman APKMirror.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd