Cari @ Amanz

Percaya atau tidak, walaupun OnePlus sudah berada dalam kategori peranti premium – OnePlus masih mendengar keluhan para pengguna. Keluhan kali ini adalah daripada Reddit, yang mana sebanyak 481 undian dan 149 komen diberikan untuk motor getaran yang ditambah baik dalam peranti OnePlus akan datang. OnePlus mendengar kehendak ini dan OnePlus 7 Pro hadir dengan penambahbaikan yang pengguna inginkan.

Menurut CNET, OnePlus 7 Pro akan mempunyai motor getaran yang 200% lebih baik daripada sebelum ini. Sekian lama, peranti OnePlus hadir dengan motor getaran yang sangat lemah dan terasa murah – akhirnya satu perubahan berlaku. OnePlus turut mengatakan enjin getaran baharu ini adalah lebih besar dan mereka perlu mencari posisi yang terbaik untuk letak motor getaran ini.

Untuk memuaskan lagi hati pengguna, Pete Lau – CEO OnePlus berkata yang motor getaran baharu ini turut boleh diubahsuai kekuatannya dari light, medium dan strong. Kemudian, ketika menaip pada papan kekunci – tahap getaran boleh ditala mengikut kesesuaian pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd