Yoodo Memperkenalkan Sokongan eSIM Untuk iPhone Terbaru

Yoodo Memperkenalkan Sokongan eSIM Untuk iPhone Terbaru

Diterbitkan pada Mei 10, 2019 oleh .

Yoodo merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan beberapa pakej menarik kepada pemngguna. Terkini, dalam usaha menjadi syarikat telekomunikasi digital sepenuhnya, pihak Yoodo kini telah mula menawarkan sokongan eSIM untuk pengguna tempatan.

Yoodo eSIM

Dengan adanya sokongan eSIM, ia membolehkan pengguna menggunakan talian telekomunikasi tanpa perlu memasukkan kad SIM pada peranti, selain memudahkan proses pertukaran talian, serta mengaktifkan akaun sepantas boleh.

Buat masa ini, Yoodo hanya menyokong iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR untuk eSIM ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperluaskan kepada peranti-peranti lain.

Dengan sokongan eSIM di iPhone terkini berkenaan, ia sekaligus mengaktifkan sokongan dwi-SIM pada iPhone – membolehkan anda menggunakan dua talian telekomunikasi pada telefon pintar anda.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran eSIM daripada Yoodo ini hari ini.


TIPS & ULASAN