Bunyi Kini Boleh Difokuskan Seperti Cahaya Menggunakan Lensa Metabahan Akustik

Bunyi Kini Boleh Difokuskan Seperti Cahaya Menggunakan Lensa Metabahan Akustik

Diterbitkan pada Mei 11, 2019 oleh .

Pada tahun 2019 kami mula mengetahui kewujudan metabahan (metamaterial) selepas ia digunakan untuk menghasilkan sistem pembatalan hingar pasif. Metabahan kini telah digunakan pada “lensa bunyi” yang membolehkan audio difokuskan seperti cahaya. Audio dari pembesar suara boleh difokuskan kepada seorang individu tanpa ia didengari oleh insan lain yang bersebelahan.

Sistem Vari-Sound telah dibangunkan oleh penyelidik dari University of Sussex dan University of Bristol. Seperti lensa optik, “lensa bunyi” Vari-Sound boleh difokuskan untuk mensasarkan individu tertentu. Dua lensa audio yang dibina menggunakan metabahan diletakkan di hadapan sebuah pembesar suara konvensional. Dengan mengubah jarak fokus, audio boleh dihalakan mengikut kehendak pengguna.

Penggunaannya di dunia sebenar ialah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dari pembesar suara. Bunyi akan dapat disalurkan ke satu “alur” audio yang tidak boleh didengari oleh pengguna diuar kawasan tertentu. Ini amat berguna untuk TV di rumah misalnya dengan audio perlawanan bola hanya didengari oleh penonton tetapi tidak akan mengganggu anak yang sedang tidur.

Ia juga boleh digunakan pada speaker pintar yang mendengar audio dari arah tertentu sahaja tidak seperti mikrofon semasa yang menangkap audio dari kesemua arah sehingga mengakibatkan kecelaruan pembantu maya.

Sumber ACM menerusi New Atlas


TIPS & ULASAN