Cari @ Amanz

Sejak dua tahun kebelakangan ini kedudukan kewangan HTC adalah tidak memberangsangkan kerana jualan peranti yang jatuh mendadak. Antara pelan penstrukturan yang dilakukan ialah menjual sebahagian pasukan pembangunan peranti mereka kepada Google yang kini menghasilkan peranti Pixel. Terkini terdapat laporan mereka akan menarik diri pula dari pasaran China.

Peranti keluaran HTC tidak lagi ditawarkan di kedai atas talian seperti JD.com dan Tmall. Hanya sebahagian peranti dijual menerusi portal rasmi HTC dan juga Vive pada waktu ini. Laman Weibo rasmi mereka pula mengeluarkan kenyataan sedang menimbangkan strategi perniagaan mereka di China. Penarikan dari pasaran China pastinya mendatangkan impak besar kerana sebelum ini mereka telahpun mengecilkan skop pemasaran dari pasaran India yang merupakan kedua terbesar di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd