Rekaan Lenovo Z6 Pro Ferrari Edition Diperlihatkan

Rekaan Lenovo Z6 Pro Ferrari Edition Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 11, 2019 oleh .

Antara gimik jualan popular yang dilakukan oleh pengeluar dari China sejak akhir-akhir ini ialah menghasilkan peranti edisi khas bertemakan jenama automotif ternama. Terkini rekaan Lenovo Z6 Pro Ferrari Edition telahpun diperlihatkan oleh timbalan presiden Lenovo menerusi laman Weibo beliau.

Lenovo Z6 Pro Ferrari Edition hadir dalam warna merah Ferrari lengkap dengan logo syarikat pengeluar kenderaan dari Itali berwarna kuning pada panel belakang. Maklumat lain yang diketahui ialah versi ini akan menyokong pengecasan lebih pantas berbanding Lenovo Z6 Pro edisi biasa.

Lenovo Z6 Pro dilancarkan bulan lalu dengan skrin 6.39″ AMOLED FHD+ bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 855, memori sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Kamera utama menggabungkan sensor 48+16+8+2 Megapixel. Sensor 48-Megapixel digunakan pada lensa biasa f/1.8, sensor 16-Megapixel digunakan pada lensa sudut ultra lebar f/2.2, sensor 8-Megapixel digunakan pada lensa telefoto f/2.4 dan sensor 2-Megapixel pula ialah untuk rakaman video f/1.8. Sistem pemfokusan PDAF dan TOF disokong lengkap dengan rakaman video 4K.

Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel f/2.0. melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 4000 mAh dengan pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C. Peranti menggunakan Android Pie dengan pelancar ZUI 11.


TIPS & ULASAN