OnePlus 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 Mei

OnePlus 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 Mei

Diterbitkan pada Mei 11, 2019 oleh .

Jangan setel! Ini ialah slogan yang digunakan oleh OnePlus sejak mula mengeluarkan peranti tujuh tahun yang lalu. Peranti terkini mereka OnePlus 7 akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mei hadapan. Bagi peminat OnePlus di Malaysia, anda tidak perlu menanti lama untuk peranti ini kerana ia akan dilancarkan pula di Malaysia pada 21 Mei.

Ini disahkan oleh laman Facebook Xianfeng Technology yang merupakan pengedar OnePlus untuk pasaran tempatan. Setakat ini OnePlus 7 disahkan akan mempunyai skrin 90 Hz, kamera swafoto pop naik, sistem tri-kamera utama, dijana cip Snapdragon 855, menggunakan storan UFS 3.0 dan tidak kalis air.


TIPS & ULASAN