HTC Berkongsi Tarikh Pengenalan Kemaskini Android 9.0 Pie Untuk Peranti Mereka
HTC

HTC Berkongsi Tarikh Pengenalan Kemaskini Android 9.0 Pie Untuk Peranti Mereka

Diterbitkan pada Mei 11, 2019 oleh .

HTC sebelum ini telah berjanji untuk memperkenalkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk beberapa telefon pintar keluaran mereka, dan kini mereka secara rasminya mengumumkan tarikh pengenalan kemaskini berkenaan untuk tiga peranti mereka.

HTC menyasarkan untuk memperkenalkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk HTC U11 pada penghujung Mei 2019, diikuti HTC U11+ pada penghujung Jun, dan HTC U12+ pada bulan Jun 2019.

HTC Andorid 9

Ia boleh dikatakan kali ini HTC agak lambat untuk memperkenalkan kemaskini Android untuk peranti keluaran mereka – jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun lepas yang mana mereka menjanjikan kemaskini sepantas dalam tempoh 90 hari sejak pelancaran versi terakhir Android.

Apa pun, bagi pengguna peranti berkenaan, dengan pengumuman terbaru ini, ia semestinya akan mengembirakan anda, dan sama-sama kita nantikan kemaskini ini hadir ke peranti masing-masing.


TIPS & ULASAN