Rekaan Dan Spesifikasi Motorola One Vision Tertiris – Dijana Cip Exynos

Rekaan Dan Spesifikasi Motorola One Vision Tertiris – Dijana Cip Exynos

Diterbitkan pada Mei 12, 2019 oleh .

Kali terakhir Motorola melancarkan peranti di Malaysia ialah pada Januari lalu menerusi Moto One. Mereka mungkin bukan lagi nama besar dalam dunia peranti mudah alih tetapi Motorola masih menghasilkan peranti bagi peminat tegar. Rekaan dan spesifikasi untuk Motorola One Vision kini tertiris sepenuhnya dan menarik sekali ia menggunakan cip Exynos keluaran Samsung.

Dari segi spesifikasi, One Vision dilengkapi skrin 6.3″ LCD FHD+ bernisbah 21″9, dijana cip Exynos 9609, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128 GB, dwi kamera utama. kamera hadapan 25-Megapixel dan bateri sebesar 3500 mAh. Salah satu sensor pada kamera utama menggunakan sensor 48-Megapixel dan ia mampu merakam video pada resolusi 4K 30 FPS. Kamera hadapan  diletakkan pada lubang kamera pada bahagian skrin.

Terdapat juga pengimbas cap jari pada panel belakang yang merangkap logo kelawar Motorola. Tiada piawaian kemampuan kalis air tetapi peranti Motorola sejak akhir-akhir ini hadir dengan sistem kalis percikan P2i. Peminat audio berwayar boleh menghela nafas lega kerana bicu audio masih disertakan.

Peranti dengan Android Pie ini dijangka dilancarkan di Brazil pada 15 Mei hadapan pada harga sekitar Euro 299 (~RM 1397). Warna yang ditawarkan ialah biru dan gangsa. Dengan pelancarannya kelak, Motorola menjadi syarikat ketiga selepas Meizu yang menggunakan pemproses keluaran Samsung.


TIPS & ULASAN