Pelancaran global Samsung Galaxy A80 adalah cukup gah di Bangkok bulan lalu lengkap dengan kehadiran kumpulan Blackpink sebagai duta mereka. Peranti dengan sistem trikamera melungsur dan berputar ini direka khusus untuk generasi penstriman langsung. Selepas lebih sebulan diumumkan, pelancarannya di Malysia kini semakin hampir selepas ia melepasi laman SIRIM.
Samsung Galaxy A80 hadir dengan skrin 6.7-inci SAMOLED pada resolusi 2400×1080 pixel, dijana cip Snapdragon 730G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera dengan kamera utama 48-megapixel f/2.0, lensa rakaman sudut lebar 8-megapixel f/2.2, dan juga kamera 3D TOF. Kamera ini juga turut digunakan untuk rakaman swafoto – dimana ia akan dinaikkan secara mekanikal, dan diputarkan secara automatik untuk rakaman swafoto. Melengkapkan spesfikasi adalah bateri berkapasiti 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.
Samsung Malaysia pada awalnya mengesahkan Galaxy A80 akan dilancarkan pada penghujung bulan Mei. Ini menjadikannya peranti yang mensasarkan pembeli ketika musim perayaan kelak.