Dyson Mempatenkan Rekaan Kereta Elektrik Pertama Mereka

Dyson Mempatenkan Rekaan Kereta Elektrik Pertama Mereka

Diterbitkan pada Mei 12, 2019 oleh .

Dyson ialah syarikat yang menempa nama sebagai pengeluar mesin penyedut hampagas yang hadir tanpa beg untuk simpanan debu. Menerusi sistem siklon mereka, lebih banyak kotoran dapat dikutip tanpa kehilangan kuasa menyedut. Tahun lalu mereka mengumumkan projek kereta elektrik yang bakal dikilangkan di Singapura. Rekaan kereta elektrik pertama mereka ini telah didedahkan menerusi paten yang difailkan.

Kereta pertama mereka adalah dari jenis SUV dengan tiga barisan tempat duduk. Menerusi rekaan SUV, kereta elektrik ini boleh digunakan di kawasan bandar dan juga kawasan dengan jalan yang tidak berturap sekaligus membolehkan ia digunakan dalam pelbagai situasi. Menurut laman Autocar yang menghasilkan imej pengolokan berdasarkan lakaran paten, tubuh kenderaan akan diperbuat daripada aluminium.

Dyson berkata rekaan, pengilangan dan jualan akan diuruskan oleh mereka secara menyeluruh. Adalah menarik untuk melihat sama ada sebuah syarikat mesin hampagas boleh menerjah masuk ke arena automobil.


TIPS & ULASAN