Cari @ Amanz

Apakah perisian Adobe pertama yang anda gunakan? Saya secara peribadi menggunakan Adobe Photoshop 5 lebih dua dekad yang lalu. Tahun demi tahun versi baharu diperkenalkan dengan fungsi serta antaramuka terkini. Tetapi kami tahu ada sesetengah pengguna masih menggunakan versi lama walaupun melanggan kepada Adobe Creative Cloud. Adobe baru sahaja mengumumkan mulai minggu lalu, Creative Cloud hanya akan membenarkan muat turun dua versi besar paling terkini setiap perisian Adobe.

Photoshop misalnya hanya membenarkan muat turun perisian versi 20.X dan 19.X sahaja. Sebelum ini lebih banyak pilihan versi boleh dimuat turun. Bagi pengguna versi baharu ini mungkin tidak dianggap sebagai masalah. Tetapi bagi pengguna yang mungkin masih bergantung kepada pemalam legacy atau memang lebih selesa dengan versi lebih lama pengumuman ini adalah mengecewakan. Ia pasti menimbulkan ketidakpuasan hati sejurus selepas Adobe menguji yuran langganan baharu yang lebih mahal beberapa minggu yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd