Microsoft pada bulan Mac lalu telah mengumumkan bahawa Windows 10 telah berjaya dipasangkan pada lebih 800 juta buah peranti. Semasa acara Build 2019 berlangsung pada awal bulan ini, Microsoft telah memberikan angka terkini mengenai penggunaan sistem operasi ini.
Melalui statistik terbaru yang diterima daripada laman Thurrot.com, Windows 10 kini telah terpasang melebihi 825 juta peranti. Apa yang menarik, ia menunjukkan peningkatan yang drastik, iaitu sebanyak 25 juta peranti Windows telah berjaya diaktifkan dalam masa hanya 2 bulan sahaja.
Perkara ini mungkin dibantu dengan usaha Microsoft yang ingin memperkasakan industri perusahaan dan pendidikan. Dengan pertumbuhan Chrome OS yang pesat, Microsoft dilihat lebih berusaha keras pada saat ini dalam mengukuhkan kedudukan meraka pada kedua-dua pasaran ini.
Walaupun penggunaan Windows 10 tidak meningkat seperti yang diharapkan, ia masih menunjukkan pertumbuhan yang positif selepas 3 tahun pelancarannya. Dengan sasaran 1 bilion penggunaan, Windows 10 nampaknya sudah semakin menghampiri angka tersebut melalui pertumbuhan penggunaan peranti yang berkembang dari hari ke hari.