Cari @ Amanz

Baru-baru ini pada acara Tranformasi Digital Cisco yang berlansung di Pulau Pinang, Cisco bersama A.T Kearney telah berkongsi kajian daripada mereka yang menjangkakan sektor perkilangan di Malaysia mampu menjana sebanyak RM124 bilion melalui penggunaan teknologi Industri 4.0. Malah, kajian Mempercepatkan Industri 4.0 di ASEAN ini adalah sebahagian daripada pelan tindakan untuk pertumbuhan pengilang bagi rantau ini.

Menyingkap daripada makluman kajian tersebut, ia menunjukkan pertumbuhan industri ini akan didorong berasaskan keuntungan produktiviti. Di mana, perihal ini akan meningkatkan purata keuntungan ketika ini iaitu RM82.71 bilion kepada RM103.3 bilion. Peningkatan produktiviti ini turut didorong oleh pengeluar melalui produk baharu dan penambahbaikan kualiti produk sendiri.

Albert Chai iaitu Pengarah Urusan Cisco Malaysia turut menyatakan sektor perkilangan adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi tempatan. Antara 3 fokus utama Cisco dalam pelaksanaan mereka platform sumber terbuka adalah memaksimumkan nilai sesebuah syarikat, melaksanakan penyelsaian teknologi secara mapan, dan memastikan kesinambungan perniagaan tidak mengganggu sebarang operasi teknologi.

Untuk makluman anda juga, Industri 4.0 ini mengabungkan ciri ekosistem antara manusia dan teknologi. Antara lima teknologi yang disokong platform ini adalah peranti berhubung, kecerdasan buatan, pencetakan 3D, kemajuan robotik, dan kepenggunaan teknologi. Wujudnya gabungan sebegini dapat memperkemaskan industri negara dan secara tidak langsung merealisasikan wawasan digital.

Walau bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa pengeluar di ASEAN dan Malaysia, masih berada di peringkat awal tranfomarsi digital. Pelaksanaan operasi model teknologi dilihat masih ketinggalan zaman, dan penggunaan teknologi Industri 4.0 kekal lambat dan kemas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd