Microsoft Memperlihatkan Sejumlah Ikon Baru Untuk Digunakan Pada Fail Dokumen Microsoft Office

Microsoft Memperlihatkan Sejumlah Ikon Baru Untuk Digunakan Pada Fail Dokumen Microsoft Office

Diterbitkan pada Mei 13, 2019 oleh .

Microsoft pada tahun lalu telah memperlihatkan sejumlah ikon baru yang bakal digunakan pada perisian Microsoft Office pada akan datang. Kini mereka telah berkongsi beberapa ikon terbaru untuk digunakan pada fail dokumen berasaskan Microsoft Office terkini.

Ia diperlihatkan oleh Erin Woo iaitu salah seorang individu yang terlibat di dalam pembangunan untuk Outlook. Beliau telah berkongsi sebuah video ringkas di Twitter yang mana menyaksikan sejumlah ikon yang bakal digunakan pada perisian Microsoft Office.


Selain daripada ikon Microsoft Office, video tersebut turut memaparkan ikon berbentuk video, gambar, dan audio. Ikon-ikon ini dikatakan bakal hadir pada perkhidmatan OneDrive yang sedia menjadi tempat untuk penyimpanan fail multimedia.

Kesemua ikon yang dipaparkan ini telah sedia dilihat pada Outlook untuk iOS dan dijangka akan diperluaskan untuk Android pada akan datang. Ia juga sedia ditawarkan pada perkhidmatan OneDrive, namun tidak diketahui bilakah ia akan disertakan pada perisian Microsoft Office untuk desktop.


TIPS & ULASAN