Netflix Memperkenalkan Senarai 10 Siri Televisyen Dan Filem Paling Banyak Ditonton Untuk Pengguna-Pengguna UK Di Media Sosial

Netflix Memperkenalkan Senarai 10 Siri Televisyen Dan Filem Paling Banyak Ditonton Untuk Pengguna-Pengguna UK Di Media Sosial

Diterbitkan pada Mei 13, 2019 oleh .

Netflix, perkhidmatan penstriman siri televisyen dan filem yang cukup terkenal di seluruh dunia biasanya tidak banyak bercakap mengenai siri ataupun filem yang banyak ditonton oleh pengguna-pengguna mereka.

Biasanya pengguna akan perlu melihat pada senarai “Trending Now” untuk melihat siri apakah yang banyak ditonton oleh mereka. Ini tidak begitu jika anda ingin tahu siri apakah yang benar-benar popular di waktu tersebut, kerana susunannya yang rawak.

Baru-baru ini, Netflix UK telah hadir dengan senarai 10 siri televisyen dan filem yang paling banyak ditonton pada bulan April melalui akaun Twitter. Walaupun senarai tersebut tidak mendedahkan jumlah penonton untuk mana-mana siri ataupun filem, ia menunjukkan tajuk-tajuk yang boleh dikatakan popular untuk bulan tersebut.

Menurut Netflix, mereka tidak mengambil kira tarikh siri ataupun filem tersebut, hanya jumlah tontonan pada bulan April, dan untuk dikira sebagai satu tontonan, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada satu episod perlu ditonton oleh para pengguna.

Netflix UK menjelaskan lagi bahawa mereka akan menguji mengeluarkan senarai 10 siri/filem paling ditonton secara mingguan bermula minggu ini, dan akan melihat betapa popularnya ciri baru ini.

Mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat akaun Twitter Netflix Asia pula hadir dengan senarai ini. Ia agak menarik untuk melihat siri apakah yang ditonton oleh para pengguna Netflix di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN