Cari @ Amanz

HTC telah mengumumkan mereka akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar rantaian blok selepas Exodus dilancarkan tahun lalu. Telefon kedua ini akan menggunakan nama HTC Exodus 1s dan bakal dijual pada harga lebih mampu milik. Peranti ini juga akan mempunyai sokongan menjadi nod kriptowang tetapi masih tidak boleh melakukan proses melombong.

Dengan sokongan nod, kesemua rantaian blok akan disimpan di dalam peranti. Exodus asal akan turut menyokong fungsi ini menerusi kemaskini. Kerana said rantaian blok yang besar (melebihi 200GB), data perlu disimpan di dalam kad mikro SD berasingan. Versi lebih mampu milik ini akan mengekalkan dompet digitak Zion yang menyokong mata wang Bitcoin, Litecoin, and Ether. Apabila dilancarkan pada suku ketiga 2019, ia akan dijual pada harga di bawah $300 (~RM 1300) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd