Cari @ Amanz

Mac lalu Apple mengumumkan kad kredit pertama mereka Apple Card. Menerusi penggunaan kad kredit ini, pengguna dapat menikmati pelbagai ganjaran menarik pasca pembelian. Bagi menjadikannya menarik, keseluruhan kad diperbuat daripada bahan titanium. Walaupun akan dilancarkan pada musim panas, beberapa kakitangan Apple telah mula menerima Apple Card mereka lebih awal.

Apple Card boleh dipadankan dengan telefon pintar menerusi sentuhan. Selepas dipadankan, ia boleh digunakan untuk pembelian seperti kad kredit biasa. Hanya nama pemilik dicetak menggunakan laser dapat dilihat. Nombor kad dan tarikh tamat hanya dapat dilihat menggunakan peranti di dalam aplikasi Apple Pay.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd