Cari @ Amanz

Hartawan dunia kini menggunakan kekayaan duniawi mereka untuk menyokong misi ke angkasa lepas. Jeff Bezos yang merupakan pemilik Amazon telah memperlihatkan modul pendaratan bulan Blue Moon pada hujung minggu lalu untuk misi ke bulan syarikat Blue Origin seawal 2024. Blue Moon boleh digunakan bukan sahaja untuk membawa angkasawan malahan mengangkut kargo apabila koloni pertama dibuka di permukaan bulan.

Blue Moon setinggi 5.5 meter dengan kemampuan mengangkut 3.6 tan kargo. Versi yang lebih besar akan dihasilkan dengan kemampuan mengangkut 6.5 tan kargo. Ia akan diterbangkan ke bulan menggunakan roket New Glenn yang lebih berkuasa berbanding roket New Shepard yang diperlihatkan oleh Blue Origin sebelum ini.

Sebelum ke bulan, Blue Origin akan menawarkan pengalaman ke angkasa lepas di dalam New Shepard seawal 2022 dengan tiket dijual pada harga bermula $200.000(~RM 832,000) sekepala

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd