Kemaskini Bermasalah Menyebabkan Pengesan Buku Lali Polis Belanda Tidak Boleh Dikesan

Kemaskini Bermasalah Menyebabkan Pengesan Buku Lali Polis Belanda Tidak Boleh Dikesan

Diterbitkan pada Mei 13, 2019 oleh .

Kemaskini perisian yang bermasalah boleh mendatangkan isu kepada pengguna, dan kadang-kala, masalah tersebut bukan sahaja melibatkan pengguna biasa, tetapi syarikat-syarikat dan juga badan kerajaan ataupun penguatkuasaan undang-undang.

Baru-baru ini, sebuah kemaskini perisian telah dikeluarkan untuk pengesan buku lali badan polis Belanda, akan tetapi, apabila kemaskini tersebut dimuat-turun secara automatik, ia didapati bahawa peranti-peranti tersebut tidak boleh dikesan selama beberapa jam oleh pihak polis Belanda.

Masalah tersebut diperbaiki beberapa jam sahaja selepas kemaskini bermasalah tersebut dikeluarkan, tetapi pihak polis Belanda dikatakan bukan sahaja memeriksa lokasi tahanan bekas-bekas banduan, tetapi juga telah menangkap semula beberapa daripada mereka yang dikhuatiri berisiko tinggi untuk melarikan diri.

Ini bukanlah kali pertama pihak penguatkuasaan undang-undang menghadapi masalah dengan pengesan buku lali tersebut. Pada tahun lalu, gangguan sambungan telekomunikasi menyebabkan beberapa ratus pengesan tersebut tidak dapat dikesan untuk sehari, dan ia merisaukan pihak polis Belanda juga.



TIPS & ULASAN