Carsome Melebarkan Operasinya Dengan Pembukaan Pusat Pemeriksaan Di Beberapa Buah Negeri

Carsome Melebarkan Operasinya Dengan Pembukaan Pusat Pemeriksaan Di Beberapa Buah Negeri

Diterbitkan pada Mei 20, 2019 oleh .

Bermula Mei ini, Carsome telah mula melancarkan pusat pemeriksaan mereka di Melaka, diikuti dengan Ipoh dan Batu Pahat pada bulan hadapan. Menerusi matlamat ini, Carsome telah mengembangkan operasi perniagaan mereka diseluruh negeri di Malaysia. Pembukaan operasi di negara ini, secara tidak langsung dapat membantu masyarakat untuk memudahkan akses menjual-beli kenderaan mereka di seluruh negara.

Selaku platform jual-beli kenderaan terpakai, Carsome akan menyelia pelaksanaan proses bermula pada peringkat awal pemeriksaan sehingga kepada fasa hak pemilikan. Semenjak penubuhannya pada 2015, lebih 31,000 transaksi jual beli kenderaan telah direkodkan merentasi empat buah negara yang telah ditembusi pasaran Carsome iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia.

Sebarang penetapan jadual penilaian kenderaan, pengguna kini boleh laksanakan ia di mana-mana pusat pemeriksaan Carsome yang berdekatan. Antaranya adalah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka. Untuk makluman anda, melalui Carsome ia akan menilai kenderaan dan memberikan tawaran segera secara terus kepada pelanggan.

Seterusnya, anda juga boleh memilih untuk membida kepada rangkaian pengedar kereta terpakai Carsome di seluruh negara. Setelah tawaran diterima pelanggan, semua kertas kerja yang diperlukan akan diurus oleh Carsome dan pemindahan wang akan dilakukan dalam talian dengan kadar segera .

Bagi anda yang ingin memiliki atau menjual kenderaan sendiri, sertai Carsome untuk memudahkan proses jual beli kenderaan anda.

Layari : Carsome – Platform Jual Beli Kenderaan Terpakai


TIPS & ULASAN