Google Kini Memaparkan Senarai Podcast Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Carian Web

Google Kini Memaparkan Senarai Podcast Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Carian Web

Diterbitkan pada Mei 13, 2019 oleh .

Google pada acara Google I/O 2019 telah memperlihatkan halaman carian baru yang memfokuskan kepada kandungan podcast. Kini halaman ini telah pun diaktifkan kepada pengguna, sekaligus memudahkan pengguna membuat carian dan melihat kandungan podcast terkini.

Fungsi ini dapat dinikmati apabila anda menaip tajuk sesuatu podcast pada halaman carian Google. Carian ini kemudiannya akan memaparkan 3 podcast terkini daripada penerbit podcast tersebut.

Apa yang menarik, carian kandungan podcast ini boleh dimainkan terus di dalam pelayar web. Apabila butang play ditekan, ia akan membawa pengguna ke paparan Google Podcast untuk memainkan podcast ini. Daripada halaman ini, anda juga memilih tajuk podcast yang lain, disamping dapat memudahkan pengguna menuju ke sesuatu bahagian podcast yang dimainkan dengan mudah.

Jadi bagi anda yang meminati kandungan audio dalam bentuk podcast, anda kini boleh menaip tajuk podcast kegemaran anda terus melalui enjin carian Google. Ia dapat dimainkan secara terus tanpa perlu memasang sebarang perisian tambahan untuk menikmatinya.


TIPS & ULASAN