Nike Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh Bagi Mengukur Saiz Kasut Pengguna

Nike Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh Bagi Mengukur Saiz Kasut Pengguna

Diterbitkan pada Mei 13, 2019 oleh .

Teknologi terimbuh telah digunakan untuk memudahkan proses membaiki kenderaan dan dalam permua Angry Birds. Di Nike terknologi yang sama kini digunakan untuk memudahkan pengguna aplikasi Nike mengesahkan saiz kasut yang ingin dibeli,

Kamera di dalam aplikasi Nike Fit mengukur 13 titik pada kaki pengguna. Dengan data yang dikumpul, saiz kasut yang paling tepat akan dipilih bagi pihak pengguna sebelum pembelian dilakukan. Di kedai mereka pula, pelapik lantas Nike Fit akan digunakan bagi melakukan ukuran saiz kasut yang tepat.

Sistem Nike Fit ini dibangunkan kerana 60% pengguna sebenarnya memakai kasut dengan saiz yang salah. Ramai juga tidak mengetahui saiz kasut yang dipilih berbeza mengikut kegunaan. Kasut untuk larian sepatutnya dipilih lebih ketat manakala kasut sukan biasa sepatutnya dipilih lebih longgar. Dengan Nike Fit pemilihan saiz kasut yang tepat akan dilakukan automatik.


TIPS & ULASAN