Lenovo Memperkenalkan Siri Komputer Riba ThinkBook S Untuk Golongan Profesional Muda

Lenovo Memperkenalkan Siri Komputer Riba ThinkBook S Untuk Golongan Profesional Muda

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Di acara Lenovo Accelerate yang sedang berlangsung di Orlando, Florida, syarikat teknologi daripada China tersebut telah memperkenalkan sebuah siri komputer riba baru yang dinamakan Lenovo ThinkBook S.

Siri komputer riba Lenovo ThinkBook S ini terdiri daripada dua model, iaitu Lenovo ThinkBook 13s dan juga Lenovo ThinkBook 14s, yang hadir dengan skrin bersaiz 13 dan 14 inci dengan resolusi Full HD.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model komputer riba ini dilengkapi dengan CPU Intel Core generasi kelapan, memori DDR4 dan juga storan SSD. Dari segi pilihan grafik, pengguna akan mempunyai pilihan untuk mendapatkan model dengan cip pemprosesan grafik terbina Intel UHD 620 ataupun kad grafik kendiri AMD Radeon 540X.

Siri Lenovo ThinkBook S juga hadir dengan rekaan serba nipis dan ringan, pada 1.34kg (ThinkBook 13s) dan 1.4kg (ThinkBook 14s) yang cukup sesuai untuk para pekerja muda yang kini lebih gemar bekerja diluar pejabat.

Lenovo turut menitik-beratkan ciri keselamatan siri ThinkBook ini, dan telah melengkapkannya dengan cip sekuriti TPM 2.0 yang boleh digunakan bersama-sama dengan ciri keselamatan Windows Hello melalui kamera terbina ataupun pengimbas cap jari yang terbina didalam butang kuasa komputer riba ini.

Lebih menarik lagi, Lenovo turut menjanjikan jangkahayat bateri yang panjang, dan pengecasan bateri yang pantas melalui teknologi RapidCharge. Bagi kedua-dua komputer riba ini, ia boleh digunakan selama 10 hingga 11 jam dengan satu pengecasan yang penuh,

Siri komputer riba Lenovo ThinkBook 13s dan ThinkBook 14s ini akan tiba di pasaran Amerika Syarikat pada penghujung bulan Mei kelak, bermula dari $729 (RM3040) dan $749 (RM3129).


TIPS & ULASAN