Lenovo Memperkenalkan ThinkPad X1 Carbon Baru Dan Komputer ThinkCentre Nano Untuk Tujuan IoT

Lenovo Memperkenalkan ThinkPad X1 Carbon Baru Dan Komputer ThinkCentre Nano Untuk Tujuan IoT

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Peranti Lenovo ThinkPad X1 Carbon dan komputer desktop ThinkCentre boleh dikatakan antara peranti-peranti pilihan untuk golongan profesional, khususnya mereka yang menggunakannya untuk tugasan-tugasan yang memerlukan prestasi CPU yang berkuasa.

Di acara Lenovo Accelerate yang sedang berlangsung, Lenovo memperkenalkan peranti-peranti Lenovo ThinkPad dan ThinkCentre baru yang dibina khusus untuk tujuan yang khusus.

Model ThinkPad yang diperkenalkan ialah Lenovo ThinkPad X1 Extreme Gen 2 yang hadir dengan spesifikasi yang cukup menggerunkan. ThinkPad X1 Extreme Gen 2 ini mempunyai paparan OLED 15 inci dengan resolusi 4K yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i9 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Max-Q dan juga storan SSD 4TB.

Perisian ThinkShield hadir dengan peranti ini, dan ia digunakan untuk memastikan data yang disimpan didalam komputer riba ini sentiasa selamat, dan jika data tersebut perlu dipadamkan, ia boleh dilakukan melalui ciri Secure Wipe tanpa memerlukan sebarang peranti lain, atau mengeluarkan storan yang dilengkapi didalam komputer riba ini.

Lenovo ThinkCentre M90n, ataupun Lenovo ThinkCentre Nano dan ThinkCentre Nano IoT ialah peranti komputer padat yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi pejabat ataupun kawasan perindustrian dimana ruang untuk sebuah komputer adalah sesuatu yang sukar untuk didapati.

Kedua-dua peranti ini boleh disambungkan ke paparan skrin ataupun dermaga yang menggunakan sambungan USB Type=C untuk mengurangkan selirat kabel, dan untuk model ThinkCentre M90n Nano IoT, ia boleh digunakan di situasi suhu dimana kawasan tersebut berada didalam julat suhu 0 hingga 50 darjah Celcius.

Dari segi pelancaran, Lenovo mengumumkan bahawa Lenovo ThinkPad X1 Extreme akan dilancarkan pada bulan Julai 2019 pada harga bermula $1499 (RM6000), manakala Lenovo ThinkCentre M90n Nano dan ThinkCentre M90n Nano IoT akan dijual pada bulan Ogos 2019 pada harga $639 (RM2556) dan $539 (RM2156) di pasaran Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN