Cari @ Amanz

Asus hari ini mengumumkan yang mana para pengguna telefon pintar Asus Zenfone 5Z kini sudah boleh menguji sistem operasi Android terbaru, iaitu Android Q Beta.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus menjadikan telefon pintar keluaran Asus ini lebih mesra pembangun – membolehkan para pembangun menguji aplikasi mereka menggunakan sistem operasi Android Q akan datang.

Asus Zenfone 5Z merupakan telefon pintar mercu daripada Asus pada 2018 yang lepas, dan ditawarkan di Malaysia pada harga kompetitif. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Android Q Beta pada Asus Zenfone 5Z hari ini. Namun, hendaklah diambil perhatian yang mana ia bukanlah versi stabil sepenuhnya – bermakna mungkin tidak sesuai untuk digunakan pada telefon utama anda, dan mungkin terdapat beberapa pepijat padanya yang masih belum dikenal-pasti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd