Cari @ Amanz

Buku elektronik yang popular adalah daripada Amazon, melalui jenama Kindle. Buku elektronik ini adalah sebuah tablet dengan sistem operasi tersendiri dan menggunakan skrin e-ink yang hanya mempunyai warna hitam/putih. Buku elektronik seperti ini biasanya hanya mempunyai spesifikasi yang asas, kerana fokusnya hanya untuk membaca sahaja.

Terkini, Xiaomi dilihat mungkin akan melancarkan buku elektronik tersendiri. Walau bagaimanapun, buku elektronik Xiaomi ini mungkin akan dilancarkan dalam bentuk biayasama atau juga jenama pihak ketiga yang bekerjasama dengan Xiaomi seperti Mijia. Kindle dari Amazon terhad kepada Amerika Syarikat, seperti akaun dan langganan bukunya. Buku elektronik dari Xiaomi ini berkemungkinan bersaiz sekitar 8-inci, mempunyai butang kuasa berwarna merah, semestinya skrin e-ink dan mungkin spesifikasi asas seakan Kindle.

Tidak pasti bila Xiaomi akan mula melancarkan produk ini atau mungkin akan terus dijual, tetapi yang pasti mereka telah merancang untuk hadir dengan produk ini sejak dari November tahun lepas lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd