Rekaan Huawei P20 Lite (2019) Tertiris Hadir Dengan Empat Kamera Utama

Rekaan Huawei P20 Lite (2019) Tertiris Hadir Dengan Empat Kamera Utama

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Samsung menjadi pengeluar pertama yang menghasilkan peranti dengan empat kamera utama menerusi Galaxy A9. Trend ini kemudian muncul pada peranti mercu Huawei P30 Pro. Hari ini rekaan untuk Huawei P20 Lite (2019) telah tertiris dan ia sebuah peranti kelas pertengahan dengan empat kamera utama.

Ia dilengkapi skrin 5.85″ LCD dengan lubang skrin untuk kamera swafoto, dijana cip Kirin 710, hadir dengan memori 4GB RAM dan storan sehingga 128GB. Empat kamera utama akan hadir dengan sensor 24-Megapixel serta kamera TOF. Bateri yang disertakan pula sebesar 3000 mAh dan sistem operasi Android Pie turut digunakan.

Panel belakang masih menggunakan panel kaca dan terdapat juga sebuah pengimbas cap jari. Peranti ini akan ditawarkan dalam tiga warna Midnight Black, Crush Blue dan Charming Red. Harga jualannya di Eropah pula bermula dari €279 (~RM 1306) sebuah.


TIPS & ULASAN