Tips Meningkatkan Lagi Kadar Privasi Anda Melalui Produk Apple

Tips Meningkatkan Lagi Kadar Privasi Anda Melalui Produk Apple

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Apple sedia memfokuskan kepada penawaran memfokuskan privasi melalui produk-produk mereka seperti Macbook, iPhone dan sebagainya. Hal ini dijayakan melalui penggunaan pelbagai operasi yang dilakukan terus pada peranti tanpa dihantar ke pelayan web – seperti beberapa penyedia perkhidmatan lain.

Dengan penawaran ini, Apple menawarkan kadar privasi yang lebih tinggi, dan menariknya anda juga boleh mempertingkatkan lagi perlindungan data peribadi anda melalui beberapa tetapan.

Mengawal Penjejak Iklan

Menjadi kebiasaan pada hari ini pelbagai pengiklan menyertakan penjejak khusus, yang mana akan mengikut pengguna ke laman-laman lain, dan mengenal-pasti kaedah pelayaran web seseorang. Apple telah menyertakan ciri menghalangnya terus pada peranti, dimana anda boleh mengaktifkannya dengan mudah.

Apple Privasi

Untuk mengaktifkannya, anda boleh ke : Settings > Privacy > Advertising > Limit Ad Tracking.

Mengawal Aplikasi Yang Mengakses Data Lokasi

Kadang-kala, sesuatu aplikasi memerlukan akses tambahan untuk memastikan ia berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Google Maps atau Waze akan meminta akses ke data lokasi untuk memastikan ia berjalan lancar.

Apple Privasi

Untuk mengawal aplikasi yang mempunyai akses data lokasi ini, anda boleh ke Settings > Privacy > Location Services.

Menghalang Akses Kamera Untuk Beberapa Aplikasi

Apple iPhone

Akses kamera pada peranti mudah-alih telah menjadi kebiasaan pada hari ini oleh pelbagai aplikasi. Bagi anda yang tidak begitu selesa dengannya, anda boleh mengawal aplikasi-aplikasi yang mempunyai akses ke kamera ini dengan mudah melalui halaman tetapan.

Untuk mengawalnya, anda hanya perlu ke Settings > Privacy > Camera.

Mengelak Aplikasi Mengakses Mikrofon

Terdapat beberapa kes yang mana kita mendengar terdapat peranti yang mendengar audio disekitar anda tanpa kebenaran, dan mencadangkan iklan dan sebagainya.

Pada iPhone, anda boleh mengawal aplikasi yang mempunyai akses ke mikrofon ini dengan ke Settings > Privacy > Microphone.

Menggunakan Carian Melalui Bar URL Safari

Safari sedia menyertakan sokongan carian terus melalui bar URL-nya, lebih kurang seperti beberapa pelayar web lain. Menariknya, Apple Safari tidak menghantar data kepada penyedia lain, serta mengehadkan data yang dihantar ke tahap minima apabila pengguna membuat carian menggunakan bar carian berkenaan.

Lain-Lain

Apple sendiri telah mengaktifkan sejumlah ciri-ciri terus pada peranti mereka untuk memastikan pelanggan menikmati kadar privasi yang lebih tinggi berbanding kebiasaan. Sebagai contoh, pelbagai gambar yang disimpang diproses pada peranti sahaja, dan tidak dihantar ke pelayan web, serta sebagainya.

Bagi anda sendiri, sekiranya anda mempunyai tips sekuriti dan privasi lain, jangan lupa berkongsi dengan kami melalui halaman komen dibawah.


TIPS & ULASAN