Microsoft Mempatenkan Alat Kawalan Permainan Untuk Kegunaan Orang Buta

Microsoft Mempatenkan Alat Kawalan Permainan Untuk Kegunaan Orang Buta

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Microsoft pada sebelum ini telah sedia hadir dengan Microsoft Xbox Adaptive Controller yang mana ia turut boleh dikawal oleh golongan kurang upaya. Tidak cukup dengan itu, Microsoft dikatakan sedang membangunkan alat kawalan permainan yang mana ia direka untuk kegunaan orang buta.

Perkara ini diperlihatkan melalui sebuah paten yang mula dihantar pada tahun lalu. Pada bahagian hadapannya, ia kelihatan seperti alat kawalan Xbox, namun kawalan di bahagian belakangnya lebih dioptimasikan untuk kegunaan orang buta.

Apa yang menarik lagi, ia juga bakal mempunyai paparan bump matrix yang mana dapat memudahkan orang butang membaca tulisan braille. Paparan ini akan mengeluarkan bentuk timbul kecil dan boleh ditukar mengikut perubahan aksara.

Alat kawalan masih di peringkat paten sahaja dan masih tidak diketahui bilakah ia akan dipasarkan kepada pengguna. Namun sekiranya ia menjadi produk akhir, ia pastinya dapat memanfaatkan lebih ramai pengguna, khususnya orang buta dalam menikmati permainan video.


TIPS & ULASAN