Oppo Bakal Melancarkan Telefon Pintar Bertemakan Gundam

Oppo Bakal Melancarkan Telefon Pintar Bertemakan Gundam

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Siri animasi Gundam sudah keudara sejak 1979 dan telah menjana jualan mencecah $5 bilion dalam bentuk filem, animasi dan model plastik GunPla. Ia mempunyai peminat dari seluruh dunia. Seterusnya Gundam juga akan hadir dalam bentuk telefon pintar edisi terhad yang dihasilkan oleh Oppo.

Rekaan sebuah peranti misteri Oppo bertemakan Gundam telah ditiriskan oleh akaun Twitter Ice Universe. Peranti ini mempunyai rekaan hampir semua skrin dengan lubang kamera pada bahagian tengah. Pada bahagian belakang terdapat dwi kamera yang tersusun kemas dengan rekaan kepala Gundam Nu. Jika anda seorang peminat Gundam, ini mungkin peranti pintar yang akan menarik minat anda.


TIPS & ULASAN