Jepun Mula Menguji Keretapi Peluru Yang Mampu Bergerak Selaju 400KM/J – Akan Mula Beroperasi Pada 2030

Jepun Mula Menguji Keretapi Peluru Yang Mampu Bergerak Selaju 400KM/J – Akan Mula Beroperasi Pada 2030

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Jepun dan keretapi peluru (bullet train) berpisah tiada. Negara tersebut dikatakan sedang menguji keretapi peluru terbaru mereka, yang dinamakan Shinkansen ALFA-X dan dilaporkan bahawa ia mampu bergerak selaju 400KM/J.

Keretapi ini dibina oleh Kawasaki Heavy Industries dengan kerjasama Hitachi, dan akan diuji dua kali seminggu selama tiga tahun, diantara Aomori, di utara Jepun dan Sendai, sebuah bandar berdekatan dengan Tokyo.

Rekaan keretapi ALFA-X ini agak menarik, kerana ia mempunyai hidung aerodinamik sepanjang 22 meter, dan untuk membrek, ia menggunakan gabungan brek magnet di bahagian bawah dan brek udara di bahagian atas. Ia juga dilengkapi dengan 10 gerabak penumpang.

Shinkansen ALFA-X ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2030 kelak, dan dikatakan akan boleh membawa muatan penuh penumpang pada kelajuan 360KM/J, membuatkannya keretapi peluru terpantas di dunia.



TIPS & ULASAN