Kepekatan Gas Karbon Dioksida Diudara Kini Tertinggi Dalam Sejarah Kewujudan Manusia

Kepekatan Gas Karbon Dioksida Diudara Kini Tertinggi Dalam Sejarah Kewujudan Manusia

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Spesis manusia pertama Homo habilis dipercayai wujud sejak 2.8 juta tahun yang lalu. Kewujudan manusia mengubah landskap bumi kerana kita adalah spesis pertama yang menggunakan sumber asli dunia sehingga menjadi spesis paling dominan. Tetapi ini turut menjadikan manusia spesis yang memberikan impak alam sekitar paling besar.

Bacaan kepekatan gas karbon dioksida di udara semakin meningkat kerana tindakan manusia. Terkini menurut angka yang dilaporkan oleh  Scripps Institution of Oceanography, kepekatan gas CO2 di udara kini mencecah tahap 415.39 ppm (bahagian per sejuta). Bacaan ini telah diambil pada 12 Mei lalu di Mauna Loa Observatory Hawaii yang mengumpul dana sejak 1950an.

Ini adalah kepekatan CO2 tertinggi dalam sejarah dan manusia tidak pernah wujud di dalam iklim seperti ini. Kali terakhir ia berlaku adalah lebih 3 juta tahun yang lalu di mana paras laut adalah beberapa meter lebih tinggi dan Antartika dilitupi hutan hijau.

Tahap kepekatan ini adalah merisaukan kerana tahap 350 ppm adalah tahap yang dikatakan selamat. Kini sudah jauh melepasi tahap selamat ini dan apabila bacaan mencecah 400 ppi pada tahun 2016, pelbagai amaran telah diberikan oleh para saintis perubahan iklim.

Dengan peningkatan kepekatan CO2, suhu dunia juga akan meningkat, Ini akan menjurus kepada peningkatan paras laut, banjir, taufan, kemusnahan kawasan pertanian dan ekosistem.


TIPS & ULASAN