Cari @ Amanz

Realme Malaysia hari ini telah mengadakan acara khas yang memperlihatkan pelancaran beberapa peranti baru. Salah satu peranti yang turut diperkenalkan adalah telefon pintar berspesifikasi rendah pada harga mampu milik, iaitu Realme C2.

Realme C2 hadir dengan skrin 6.1-inci bertakuk pada resolusi HD+, dijana cip Helio P22, dan dilengkapi bateri 4000mAh.

Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Pihak Realme turut menyertakan peranti ini bersama-sama Android 9.0 dan ColosOS 6.0 padanya.

Dua variasi model Realme C2 ditawarkan di Malaysia. Model 2GB RAM dengan 16GB storan ditawarkan pada harga RM429, sementara model 3GB RAM dengan 32GB storan pula ditawarkan pada harga bermula RM499. Ia akan ditawarkan di Malaysia bermula 18 Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd