Cari @ Amanz

Realme Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Realme 3 Pro. Ia hadir dengan penawaran premium dan menarik, tetapi pada harga yang sangat berpatutan.

Realme 3 Pro

Realme 3 Pro menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 710, memori dalam pilihan sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4045mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 5MP yang menawarkan sokongan rakaman gambar sangat cantik, termasuk pada mod 64MP Ultra HD, serta rakaman gambar malam yang cantik. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 25-megapixel.

Di Malaysia, dua model ditawarkan, iaitu versi 4GB RAM / 64GB storan pada harga RM899, sementara 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1099. Ia akan ditawarkan melalui Lazada bermula 15 Mei 2019, sementara melalui kedai fizikal seluruh negara bermula 18 Mei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd